Sunday, 11 March 2012

Akhirnya kau pergi juga...

Mai, kau dh cukup hebat Mai sebab dapat bertahan 2 hari lebih.. kau hebat Mai!! Kau tunggu rakan2 kau datang melawat kau, barulah kau pergi...
Hari ini, Ahad, 11hb 3 2012, Mai pergi meninggalkan dunia ini, setelah bertarung nyawa hampir 2hari...
Aku terkilan, sebab tak dapat lawat kau di hospital dan tak dapat tengok kau kebumi.. maafkan aku Mai..
Mak aku pergi tengok kau, dia cakap badan kau okey je, kepala je yang cedera..
Aku sedekahkan Al-fatihah ini buat kau...
Semoga kau aman di sana,...

Ya ALLAH,
Ya Rahman, Ya Rahim,
Kau ampunkanlah dosa-dosa beliau,
Kau tempatkanlah dia dikalangan hamba-hambaMu yang bertakwa,
Amin.

Maizurah Bakri, Selamat tinggal..

Saturday, 10 March 2012

YA ALLAH SELAMATKANLAH DIA..

Saya sungguh terkejut apabila mendapat berita mengenai rakan saya accident. Walaupun saya tak rapat dengan dia, tetapi, saya dah kenal dia lame dah, sejak dari sekolah rendah.. dia baik, ramah dan tak berlagak.. Dia bernama MAI. Dan ketika ini die sedang bertarung nyawa,.. dan sungguh saya terharu dengan sikap kawan-kawan dia.. masing-masing sanggup balik utk melawat dia even yg duduk jauh. Susah nk cari kawan macam ni. Ya ALLAH, Kau selamatkanlah dia, Kau panjangkanlah umur dia, Kau berikanlah dia kesempatan untuk hidup lebih lama, Kau berikanlah dia kesempatan untuk menggapai impiannya.. hanya kepada-Mu aku memohon Ya ALLAH...

Buat Mai:
Mai kuatkan diri, jangan putus asa, keluarga dan kawan-kawan Mai semua mahu Mai bangun dan sihat semula...   Mai, jgn tinggalkan mereka, bangun Mai.!!

Monday, 5 March 2012

KISAH SI CAPIK DAN SI BISU

Ini bukan kisah rekaan atau dongeng semata-mata, bahkan kisah ini berlaku real di depan mata saya.


Di kampung saya, iaitu Kampung Ayer Hitam, terdapat sepasang sahabat yang sangat berlainan dari segi fizikal, rupa dan cara komunikasi. Kedua-dua mereka cacat; satu capik, satu lagi bisu. Yang saya hairan sahabat ini adalah haiwan. Si Capik itu ialah seekor ayam jantan, Si Bisu itu pula ialah seekor kucing jantan. Menurut sumber dipercayai, mereka dilihat berjalan bersama-sama pada waktu senja menuju port lepak mereka iaitu di beranda jiran sebelah rumah saya. Apabila mereka sampai di beranda, mereka akan duduk ditangga, seekor di tangga atas, seekor lagi di bawah dan gelagat mereka seperti sedang berbual. Mereka akan duduk di situ sampai la esok pagi. Keadaan ini telah pun diperhatikan oleh penduduk sekitar rumah saya.. Ajaib kan?. Pada mulanya, saya sendiri tidak mempercayai kisah ini, namun apabila melihatnya sendiri.. saya sendiri pelik dan kagum. Bagaimana haiwan yang ternyata berlainan spesies, fizikal, rupa apatah lagi cara komunikasi boleh menjadi rakan yang setia untuk berjumpa setiap petang. MANUSIA??


-SiPemerhati-
Sumber cerita: Emak saya serta ibu- ibu di sekeliling rumah saya.