Di kampung saya, iaitu Kampung Ayer Hitam, terdapat sepasang sahabat yang sangat berlainan dari segi fizikal, rupa dan cara komunikasi. Kedua-dua mereka cacat; satu capik, satu lagi bisu. Yang saya hairan sahabat ini adalah haiwan. Si Capik itu ialah seekor ayam jantan, Si Bisu itu pula ialah seekor kucing jantan. Menurut sumber dipercayai, mereka dilihat berjalan bersama-sama pada waktu senja menuju port lepak mereka iaitu di beranda jiran sebelah rumah saya. Apabila mereka sampai di beranda, mereka akan duduk ditangga, seekor di tangga atas, seekor lagi di bawah dan gelagat mereka seperti sedang berbual. Mereka akan duduk di situ sampai la esok pagi. Keadaan ini telah pun diperhatikan oleh penduduk sekitar rumah saya.. Ajaib kan?. Pada mulanya, saya sendiri tidak mempercayai kisah ini, namun apabila melihatnya sendiri.. saya sendiri pelik dan kagum. Bagaimana haiwan yang ternyata berlainan spesies, fizikal, rupa apatah lagi cara komunikasi boleh menjadi rakan yang setia untuk berjumpa setiap petang. MANUSIA??
![]() |
-SiPemerhati-
Sumber cerita: Emak saya serta ibu- ibu di sekeliling rumah saya.
No comments:
Post a Comment